Hujung Disember 2023, seorang pelajar universiti berkongsi nasihat mengenai pentingnya membuat tabung simpanan untuk anak sejak dari usia kecil, telah menimbulkan perdebatan hangat di kalangan netizen di media sosial.
Pelajar tersebut yang enggan dikenali, menyarankan golongan ibu bapa membuka akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk anak-anak.
Menurutnya, ibu bapanya telah membuka akaun ASB untuk dirinya sejak dia masih kecil dan kini dia mempunyai simpanan sebanyak RM60,000.
“Kepada semua ibu bapa, buatlah ASB (untuk anak) kerana ibu bapa telah menabung untuk saya yang ketika itu masih kecil.
“Sekarang saya sedang belajar di universiti dan jumlah dalam bank saya adalah sekitar RM60,000, tanpa saya melakukan apa-apa,” katanya.
Perkongsian itu mendapat sambutan positif daripada netizen. Salah seorangnya bernama Reena berkata, “Ini adalah nasihat yang sangat baik. Ibu bapa kawan saya telah menyimpan angpownya sejak bayi dan dimasukkan dalam akaun simpanan. Setelah berumur 18 tahun, ibu bapanya serahkan buku akaun itu dan berkata, adalah tanggungjawab anaknya sendiri untuk membelanjakan wang tersebut.”
Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan nasihat tersebut dan menganggap anak-anak akan menjadi terlalu selesa sehingga tidak pandai berusaha sendiri.
“Tidak mungkin, saya nak anak saya belajar tentang kesukaran hidup. Saya bersetuju tentang memudahkan anak, tidak perlu berhutang. Tetapi bukan sampai ke tahap yang anak rasa sangat selesa, sebab lahir-lahir je tahu ibu bapa dah buat simpanan untuk mereka. Sekali orang hidup dalam zon selesa, mereka sukar untuk ‘survive apabila kesukaran itu datang.”
Ada beberapa netizen lain turut mengakui terganggung dengan kenyataannya, ‘tanpa saya melakukan apa-apa’.
“Nasihat baik tetapi dia flex ‘Tanpa saya melakukan apa-apa’. Saya bekerja keras untuk anak saya, tetapi untuk anak saya flex seperti ini.. memang tak lah.
“Kenapa? Sebab akan menjadi seperti ini pelajar ini yang kata ‘tanpa melakukan apa-apa’. Ia seperti menghantar mesej, anak anda tidak perlu berjuang semasa belajar,” kata netizen.
Sumber: X








