Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Anak-anak mana yang tidak seronok apabila mendapat hadiah daripada ibu bapanya? Lebih-lebih lagi apabila anak itu sangat rapat dengan ibu bapa. Segala apa jua pemberian ibu bapa, pastinya membuatkan anak berasa gembira dan bahagia.
Baru-baru ini, satu video yang amat menyentuh perasaan telah tular di media sosial. Dalam video tersebut, seorang bapa memberikan hadiah kepada anak sulungnya sempena ulang tahun kelahirannya. TikToker Kakla Wani, berkongsi detik kegembiraan itu dengan pengikutnya.
“Bahagianya dia hari ini. Terima abang sebab abang banyak membantu mama dan baba. Maaf mama banyak salah kat abang. Tapi doa mama selalu mengiringi abang. Tak banyak mama minta daripada abang. Cukuplah menjadi anak yang kuat agamanya,” kata Kakla Wani.
Dalam video tersebut, Adam kelihatan sayu, perlahan-lahan kotak hadiah dibuka dan plastik dikoyak. Isinya dikeluarkan dan seraya Adam terus berkata, “Ini bola mahal ni.”
“Baba kerja keras beli (bola ni) untuk Adam,” kata Kakla Wani yang terus membuatkan Adam menangis dan memeluk bapanya.
“Terima kasih Baba,” kata Adam dengan suara sebak.
Di ruang komen video tersebut, ramai netizen mengakui mereka tersentuh dan menangis, sekali gus mengimbau kenangan masing-masing.


Semoga hubungan bapa-anak ini terus diperkukuhkan dan menjadi inspirasi bagi semua keluarga.