'Bodoh piang ni pandai sangat block jalan keluar!' - Pengadu | The Reporter

‘Bodoh piang ni pandai sangat block jalan keluar!’ – Pengadu

Keadaan kenderaan parkir sembarangan di Putrajaya yang menyebabkan kesesakan.
Pengadu menunjukkan sebuah kereta Honda Jazz putih yang parkir di laluan keluar di kawasan siar kaki di hadapan Mahkamah Persekutuan Putrajaya

Meletakkan kenderaan di tempat yang betul bukan sekadar etika, tetapi tanggungjawab. Di Putrajaya, terdapat banyak kawasan tempat letak kereta berbayar disediakan bagi mengelakkan kesesakan, namun masih ada yang memilih untuk meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya demi kepentingan sendiri.

Akibatnya, pengguna lain yang turut melakukan perbuatan yang sama terpaksa menanggung kesannya, seperti yang berlaku dalam satu kejadian yang tular di media sosial malam tadi.

Video dimuat naik oleh TikToker @qkljpcztd memaparkan insiden di depan bangunan Mahkamah Persekutuan di Dataran Perdana Putrajaya, di mana sebuah kenderaan jenis Honda Jazz (putih) diparkir di laluan keluar hingga menyebabkan pengunjung lain yang ingin beredar dikatakan terkandas hampir 40 minit kerana laluan utama dihalang.

@qkljpcztd

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Honda Jazz buat hal lagi☺️ #fyp #honda #dataranputrajaya

♬ original sound – n – n

Menurut @qkljpcztd, mereka tiba di lokasi sekitar 7.50 malam tetapi hanya berjaya mengeluarkan kenderaan pada 8.30 malam.

“8/3/2025, Dataran Putrajaya. Kitorang sampai 7.50 malam, tapi end up berjaya keluarkan kereta 8.30 malam. Next time kalau double park ke, side park ke, or parking yang block jalan, please tinggalkan nombor phone. Jangan selfish!

“Bodoh piang ni pandai sangat nak block jalan keluar ni. Tengok berapa banyak kereta sangkut, tak lepas nak keluar.

“Ramai abang-abang termasuk ayah saya yang ada major slip disc dan adik saya tolong alihkan kereta yang side park kat sini sebab tak lepas.

“Kesian abang-abang ni kena tolong. Ada yang baru berbuka minum air mineral saja, tapi sanggup tolong kereta-kereta ini nak keluar sebab jalan keluar dah kena block. Ada family yang dah reserve berbuka buffet kat kedai, tapi terpaksa cancel sebab akak ni block jalan keluar sejak dari jam 6 petang.”

Peta Presint 3, Putrajaya. Lokasi bertanda merah merupakan tempat kejadian. Namun kawasan itu adalah kawasan siar kaki, bukannya tempat untuk meletakkan kenderaan.

Setelah sekian lama menunggu, pemilik kenderaan terbabit akhirnya muncul. Bagaimanapun, dia menerima reaksi kurang menyenangkan daripada orang ramai yang sudah lama terkandas.

“Layaklah kena maki dengan abang-abang ni sebab akak berdua dah buat orang ramai terlepas solat maghrib. Goodluck kak tanggung semua.

“Banyak benda saya boleh sabar kak, tapi sampai terlepas solat ni memang rasa nak mengamuk. Bila orang tegur, akak hempas pintu kereta dan terus beredar tanpa minta maaf pun. Bagus sangat perangai akak.”

Tindakan parkir tanpa memikirkan kesan kepada orang lain ini mencetuskan perbincangan hangat di media sosial. Netizen mengecam sikap tidak bertanggungjawab itu, mengingatkan bahawa keselesaan sendiri tidak boleh mengorbankan kepentingan ramai.

Namun, dalam masa yang sama ada juga yang mempertikaikan mengapa tidak menggunakan parkir berbayar yang sudah disediakan berbanding parkir di kawasan yang tidak sepatutnya.

Related Posts