'Biskut cap ping pong ni sedap cicah air kopi' - Biskut Hup Seng jadi pilihan ganti produk boikot - The Reporter

‘Biskut cap ping pong ni sedap cicah air kopi’ – Biskut Hup Seng jadi pilihan ganti produk boikot

Apabila inisiatif yang dibuat oleh masyarakat dengan memboikot barangan dari Israel telah membuatkan masyarakat mula dengan perlahan-lahan beralih arah kepada produk tempatan. Produk makanan terutamanya menjadi produk utama yang diboikot oleh masyarakat

Jika sebelum ini, produk tempatan seperti dipandang sepi, namun kini sudah dihargai.

Selain makanan segera, produk makanan seperti biskut juga menjadi perhatian. Biskut Jacob antaranya dulu ramai yang gemarkannya. Namun selepas mengetahui Jacob adalah keluaran dari Israel, ramai yang mula menukar kepada biskut tempatan, Hup Seng.

Menerusi satu laporan, Hup Seng Industries Bhd (Hup Seng) dijangka meraih manfaat sebagai pengeluar makanan tempatan, mendapat rangsangan daripada peningkatan gerakan boikot Israel.

BIMB Securities Research dalam satu nota penyelidikan berkata, meskipun harga jualan meningkat, lonjakan permintaan kepada produk tempatan dijangka memberi isyarat positif kepada Hup Seng.

“Tinjauan positif ini terus disokong oleh komitmen Hup Seng terhadap pengurusan kos yang cekap melalui inisiatif kemampanan mereka iaitu dengan mengurangkan kos bahan api, meminimumkan sisa dan pengurangan pelepasan karbon,” katanya.

Di ruangan komen pula, netizen berkongsikan biskut Hup Seng menjadi kegemaran mereka sejak dulu lagi. Biskut ini kata mereka sangat sedap dicicah bersama air kopi atau teh. Walaupun masa berganti masa, biskut ini tetap menjadi pilihan mereka.

Walau bagaimanapun, gerakan boikot ini dilihat memberikan satu perkara positif dalam merancakkan ekonomi tempatan.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!