'Bila turun harga bahan mentah, dia steady je mahal' - Netizen persoal harga makanan di kedai makan & restoran maintain mahal - The Reporter

‘Bila turun harga bahan mentah, dia steady je mahal’ – Netizen persoal harga makanan di kedai makan & restoran maintain mahal

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Isu mengenai kenaikan harga barang tidak pernah terhenti. Rungutan demi rungutan didengari oleh masyarakat di bandar mahupun luar bandar.

Meskipun kerajaan telah mengumumkan penurunan harga pada sesetengah barang mentah, namun ramai yang mendapati peniaga masih meletakkan harga tinggi dalam satu-satu barangan dan menu makanan.

Situasi ini menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen sampai bila masyarakat harus berdepan dengan kenaikan harga terutamanya di kedai dan restoran.

“Harga barang mentah makin stabil dan murah jika dibandingkan dengan harga dua tahun lepas.

“Tapi kenapa harga makanan dekat kedai dan restoran makin mahal?

“Bila naik harga, sama-sama naik. Tapi bila turun, steady je dia mahal,” tulis Nua.

Bagaimanapun, ada peniaga menyatakan harga barangan di pasaran tidak menentu menyebabkan peniaga terpaksa menetapkan kadar harga tertentu.

.Antara lain pula, ada yang menyatakan pilihan sebenarnya terletak pada pengguna untuk memilih.

“Kita beli kat mana yang kita rasa harga dia berpatutan, dan kita puas hati dengan makanan tu. Jangan beli dengan peniaga yang jual mahal. Pengguna kena bijak urus sendiri hal tu,” katanya.

Sumber: X

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!