Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Walaupun tahun berganti tahun, seni silat tidak pernah pupus dek zaman sebaliknya terus diwarisi dari generasi ke generasi.
Silat yang merupakan seni pertahanan diri amat terkenal dalam masyarakat Melayu. Kemunculan filem Mat Kilau yang ditayangkan sebelum ini juga telah menyemarakkan lagi semangat generasi muda untuk mendalami ilmu pensilatan.
Bagaimanapun, menerusi hantaran di Facebook seorang aktivitis silat yang dikenali sebagai Pak Su Wan, beliau meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan komen-komen yang dilontarkan oleh netizen menerusi tangkap layar video rakaman silat kura-kura.
Katanya, komen demikian secara jelas dilihat tidak menghormati nilai seni budaya.
“Sedih membaca komen. Di mana nilai kita, bila tiada lagi budi menghormati kepada nilai seni budaya bangsa dalam kalangan anak-anak muda kita zaman sekarang. Nilai adab dalam kalangan anak muda kita sudah makin tipis. Tidak dapat nak bezakan seni dalam permainan. Nak pula bab silat.
“Bila mana zaman mudah dihujung jari, hanya taip tanpa berpikir dan melihat semua benda menjadi bahan jenaka ininlah jadinya. Nilai seni Melayu lama di perlekehkan,” katanya.
Tegasnya, masyarakat terutama generasi muda sepatutnya menghargai seni silat yang hampir pupus terutamanya silat kura-kura dan mencontohi bangsa Jepun yang sentiasa sayangkan budaya mereka.
“Tahukah seni silat ini makin pupus makin tiada pewarisnya? Nak pula silat ini hanya satu-satunyanya di negeri Terengganu tiada di tempat lain? Tidak pikir jika pupusnya silat ini, alangkah ruginya silat ini pergi begitu sahaja?
“Contohilah bangsa luar seperti di Jepun mereka walaupun mengajar arus moden, mereka tetap memelihara budaya bangsa mereka, sayang akan budaya mereka. Jadi berkomentar lah secara murni, fikir dahulu sebelum komen,” katanya.








