Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perkongsian mengenai anak-anaknya sering menjadi tumpuan ramai. Walaupun bergelar ibu tunggal, ramai yang mengkagumi cara didikan selebriti, Rita Rudaini dalam membesarkan anak-anak.
Bergelar pelajar di sebuah sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin bukan sahaja dilihat cemerlang dalam akademik, malahan turut aktif dalam bidang sukan.
Dalam hantaran di Instagram Rita Rudaini, beliau berkongsikan kejayaan anak sulungnya yang mesra dipanggil Ryan yang memenangi kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Sabak Bernam dalam acara 100 meter.
Bukan hanya memenangi perlumbaan itu, Ryan turut memecah rekod acara itu selama 20 tahun.
“Alhamdulilah, rezeki Ryan dapat wakil peringkat MSS. Ryan dah banggakan mommy dalam pelajaran, ini dalam sukan olahraga pula…..Insya Allah mommy sokong!
“Ryan dapat pecah rekod 20 tahun MSSD Sabak Bernam 100 meter dengan rekod baru 11.44s (rekod lama tahun 2004 11.58s). Mommy proud.
“Rest well anak-anak..esok berjuang lagi hingga 22 haribulan ini. Good luck!!,” tulisnya.
Kejayaan Ryan itu turut dikongsikan oleh seorang pendidik yang melihat kehebatan Ryan dalam acara sukan berkenaan.
Dalam masa sama, dia kagum dengan usaha Rita yang sanggup datang dari jauh berikan sokongan pada anaknya.








