Biadab! Pekerja 7E ditumbuk, disepak suspek mabuk sebelum diajak berselfie - The Reporter

Biadab! Pekerja 7E ditumbuk, disepak suspek mabuk sebelum diajak berselfie

Suspek dipercayai mabuk menumbuk dan menyepak muka pekerja 7-Eleven kerana tidak berpuas hati ditegur mengambil payung tanpa bayar.

Seorang pekerja kedai serbaneka, 7 Eleven, mengalami kecederaan akibat ditumbuk oleh lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Dalam video berdurasi 1 minit 36 saat menunjukkan, suspek bersama rakannya masuk ke dalam premis tersebut.

Semasa rakannya sedang membuat pembayaran, suspek mengambil dua payung yang dijual tanpa membayarnya. Perbuatan lelaki terbabit disedari oleh mangsa yang kemudian datang meminta dia mengembalikan payung tersebut.

Suspek dipercayai tidak berpuas hati dan mula menggasari remaja berkenaan sebelum dia ditenangkan oleh rakannya.

Namun, rakan dilihat tidak berpuas hati dengan mangsa yang dilihat mahu memanjangkan hal itu. Berang dengan tindakan mangsa, suspek terus menumbuk mangsa sebelum diheret sehingga terjatuh di depan pintu utama.

Tidak cukup dengan itu, suspek menyepak muka mangsa tanpa sebarang rasa belas kasihan, sambil disaksikan oleh rakannya yang kemudian menarik suspek ke belakang untuk menghentikan daripada terus bertindak agresif.

Kejadian itu turut disaksikan oleh rakan mangsa yang cuba menghalang mereka, tetapi tidak berjaya.

Selepas insiden itu, suspek mengambil telefon bimbit dan merakam wajah mangsa yang mengalami kecederaan. Rakannya juga tidak melepaskan peluang itu dan turut mengambil gambar bersama mangsa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka.

Sementara itu, bapa mangsa, Shahrul Aminshah Aziz, 40, mendedahkan anaknya berusia 17 tahun itu yang bekerja secara sambilan di premis tersebut mengalami kecederaan di bahagian muka. Mangsa telah dihantar ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan.

Laporan polis juga telah dibuat untuk tindakan lanjut. Shahrul meminta orang ramai yang mengenali kedua-dua lelaki terbabit untuk tampil membantu siasatan.

Sumber: Twitter, Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!