Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bhutan, sebuah negara kecil yang terletak di wilayah timur Himalaya, dikenali sebagai salah sebuah negara paling bahagia di dunia. Negara ini memiliki pendekatan unik dalam mengukur kemajuan dan kesejahteraan rakyatnya.
Kebahagiaan sebagai ukuran kemajuan
Sejak awal 1970-an, Bhutan mengakui kebahagiaan dijadikan sebagai ukuran kemajuan bangsanya. Alih-alih menggunakan Produk Domestik Bruto (PDB), Bhutan membuat konsep Gross National Happiness (GNH), atau Kebahagiaan Nasional Bruto, untuk mengukur pembangunan negaranya.
Hasil Kajian Kebahagiaan di Bhutan pada tahun 2015 menunjukkan, sebahagian besar masyarakat Bhutan (91,2%) merasakan kebahagiaan dan bakinya (10,4%) berasa sebaliknya.
Larangan Hidup Miskin
Bhutan sangat menerapkan larangan hidup miskin pada penduduknya. Tiada seorang pun gelandangan yang hidup di jalanan. Semua penduduk memiliki tempat tinggal. Jika ada orang yang didapati tinggal di jalanan dan tidak memiliki rumah, mahupun harta benda, akan dibawa menghadap Raja.
Setelah mendengarkan keluh kesahnya, Raja akan memberinya sebidang tanah, di mana dia boleh membangun rumah dan bercucuk tanam.

Perubatan percuma
Bagi rakyat Bhutan tak perlu khawatir akan kos perubatan yang harus ditanggung ketika mereka atau ahli keluarga mereka jatuh sakit. Selain itu, pendidikan di Bhutan juga diberikan secara percuma.
Tanaman organik
Pada tahun 2013, Bhutan mengumumkan bahawa semua tanaman mestilah organik. Negara ini juga memperhatikan penggunaan sumber tenaga yang tidak menyebabkan pencemaran dan kualiti udara. Bhutan telah dinobatkan sebagai negara pertama yang negatif karbon.

Tiada lampu isyarat di jalan raya
Bhutan menjadi satu-satunya negara di dunia yang tidak mempunyai lampu isyarat di jalan raya. Walaupun begitu, masyarakatnya tetap mematuhi peraturan ketika memandu.

Meskipun nama Bhutan tidak banyak diketahui oleh dunia, cukup terasing dengan dunia luar dan ketinggalan dalam perkembangan teknologi, namun 700 ribu masyarakat Bhutan mengakui bahawa kehidupan mereka bahagia.
Mereka tidak materialistik dan lebih suka hidup dengan aman damai. Kerajaan juga menolak untuk pelaburan yang akan mengganggu keseimbangan alam, yang dikhuatiri akan mengganggu kebahagiaan rakyatnya.








