'Betul anda bayar, tapi bukan untuk rosakkan harta benda homestay saya' - Pemilik luah rasa kesal - The Reporter

‘Betul anda bayar, tapi bukan untuk rosakkan harta benda homestay saya’ – Pemilik luah rasa kesal

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kebersihan dan penjagaan harta benda adalah dua elemen penting yang perlu diambil kira oleh setiap penghuni homestay. Walaupun penghuni telah membayar untuk penginapan, mereka tidak seharusnya berbuat sesuka hati dan merosakkan harta benda di premis tersebut.

Namun, ada kalanya pemilik homestay terpaksa berhadapan dengan situasi yang menyedihkan apabila pelanggan tidak mematuhi peraturan ini.

Seorang pemilik homestay baru-baru ini meluahkan rasa kesalnya, apabila mendapati premisnya dalam keadaan berselerak dan beberapa barangan yang disediakan juga rosak akibat perbuatan pelanggan yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, kolam renang di homestay tersebut kelihatan kotor dan dicemari batu-batuan yang dibuang ke dalam kolam. Pelampung kanak-kanak bocor, tiang gol mini patah dan puntung rokok ditemui dalam bilik.

https://www.tiktok.com/@lazichomestay/video/7371395447681715474

“Saya nak cakap pun berat hati, tapi terpaksa juga cakap. Siapa-siapa yang menyewa homestay, minta kasihanlah sikit. Kalau tak nak kasihan pada saya pun, kasihanlah pada pelanggan-pelanggan yang baru nak masuk ke homestay saya ini,” kata pemilik homestay Lazic Homestay.

“Ye betul anda bayar tapi kena ingat, apa yang anda bayar itu bukanlah untuk merosakkan harta benda homestay saya. Apa yang anda bayar itu, setiap sen dan ringgit yang anda bayar itu adalah untuk servis, keselesaan, untuk kemewahan yang saya sediakan. Bukan untuk anda rosakkan.

“Saya kasihan, tak nak petik nama pelanggan dan tak nak viralkan dia. Tapi berharap semua orang ambil pengajaran daripada sini.

“Kena ingat, betul anda ada hak sebagai pelanggan, tapi kena ingat juga pemilik homestay ada hati dan perasaan,” katanya.

Total
0
Shares
Total
0
Share