'Berhenti makan bila rasa makanan tu sedap' - Tun M pesan, jangan makan berlebihan, elak obesiti | The Reporter

‘Berhenti makan bila rasa makanan tu sedap’ – Tun M pesan, jangan makan berlebihan, elak obesiti

Sumber Gambar: Princecourtmc

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Walaupun usianya sudah mencecah 99 tahun, beliau masih kelihatan aktif dan kekal sihat sepanjang masa.

Ketika ditanya dalam satu temubual yang dihoskan Pakar Perunding Gastroenterologi di Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr Ryan Ponnudurai, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rahsia di sebalik pemakanannya selain kekal aktif.

“Apa yang paling penting adalah elakkan dari obesiti, makan banyak atau berlebihan. Walaupun penyakit jantung sekarag ini boleh dirawat, tetapi perlu dijaga pemakanan.

“Saya beritahu kepada orang ramai apa yang mak saya beritahu saya, berhenti makan walaupun makanan itu enak. Bila makanan tu enak, membuatkan kita sukar untuk berhenti makan dan akan menyebabkan kegemukan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut ditanya bagaimana beliau dapat mengatasi tekanan dalam kehidupan.

Katanya, beliau merupakan seorang yang amat mementingkan masa dan sentiasa aktif.

“Anda perlu aktif. Kalau tak melakukan apa-apa dan hanya berbaring sepanjang masa anda tidak akan sihat selamanya.

“Orang ramai perlu kekal aktif dan menggunakan otak mereka sepanjang masa untuk kekal berfungsi.

“Sama juga dengan otot anda, jika anda tidak menggunakannya, ia akan mengecut,” katanya.

Related Posts