'Beratur 6 jam, tapi PS sapu semua' - Tular video ramai pelanggan kecewa tak dapat beli Cromboloni - The Reporter

‘Beratur 6 jam, tapi PS sapu semua’ – Tular video ramai pelanggan kecewa tak dapat beli Cromboloni

Cromboloni, sebuah produk roti yang baru-baru ini menjadi fenomena di kalangan penggemar roti.

7 Januari laluan, tular luahan ketidakpuasan hati seorang pengguna X (ex Twitter) yang mengadu beratur lama untuk mendapatkan cromoboloni di sebuah kedai bakeri.

Malangnya tidak berjaya membeli makanan itu kerana ia telah habis dijual, biarpun telah beratur lama sejak dari jam 8.40 pagi hingga 2.40 petang.

“Beratur enam jam. As claimed, customer boleh beli unlimited pieces. Tetapi disebabkan Personal Shopper (PS) datang awal dan mereka sapu semua.

“End up, customer lain yang beratur lama hanya dapat beli limited dua pieces per flavour je,” katanya.

Dalam video yang ditularkan, wakil kedai bakeri menjelaskan mereka mengalami kekurangan pekerja yang juga tidak mendapati tidur yang mencukupi. Tambahan PS sudah membuat tempahan lebih awal.

Walaupun kecewa dengan penjelasan itu, pengadu berharap pihak kedai bakeri tersebut mengambil langkah untuk menangani masalah berkenaan.

“Bukan niat saya nak menjatuhkan bisnes anda. Just an honest feedback for you improvement next time. Jangan benarkan PS dan kena juga letak limit order untuk mereka. Kalau tak, orang akan abuse the unlimited purchase.”

Sumber: X

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!