Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini, bekas isteri sukarelawan banjir, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva, membuat pendedahan mengenai isu yang berlaku dalam hubungan mereka.
Evanoza Zakaria, menerusi satu hantaran di media sosial, mendakwa dia terpaksa mendedahkan perkara berkenaan selepas Abang Viva didakwa membuka aibnya secara terbuka.
Melalui beberapa hantaran di platform media sosial, Eva turut memuat naik bukti perbualan WhatsApp antara dirinya dan keluarga Abang Viva.
Baca juga:
- Bekas wartawan FMT Rex Tan ditahan susulan soalan kontroversi
- Kerajaan tarik balik bantuan STR & SARA selepas lelaki ini kantoi miliki enam hartanah
- ‘Tolong beritahu Presiden kamu, kami hanya ada minyak masak’ – Komen lucu rakyat Malaysia
Bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro, Abang Viva meluahkan rasa kesal terhadap tuduhan yang dilemparkan bekas isterinya, termasuk dakwaan bahawa dia tidak telus menggunakan dana NGO, seperti pembelian bot dan enjin baharu.
Susulan tuduhan tersebut, katanya, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi mengumpul dana awam dan memilih bergerak sepenuhnya bersama sebuah NGO.
Dalam masa sama, Abang Viva berkata hatinya kini tertutup untuk memikirkan soal jodoh selepas apa yang berlaku pada 17 November lalu. Fokusnya kini hanya untuk menjaga ibunya selepas pemergian bapanya.
“Tipulah kalau saya kata selepas bercerai tiada rasa sayang. Bulan lalu pun perasaan itu masih ada.
“Tetapi selepas 17 November, ada satu insiden yang saya tidak boleh terima. Dari situ hati saya terus tertutup dan saya tidak meneruskan hasrat untuk rujuk bekas isteri,” jelasnya.
Sementara itu, Eva berharap agar Abang Viva dapat meneruskan hidup tanpa dirinya.
“Harap dia dapat ‘move on’. Sebagai ibu tunggal, saya hanya mahu fokus membesarkan anak-anak yang masih belajar,” ujarnya.








