Bawang kecil ditinggalkan arwah isteri, masih tersimpan | The Reporter

Bawang kecil ditinggalkan arwah isteri, masih tersimpan

Bawang merah
Sumber Gambar: TikTok Fidura Firdaus

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kehilangan insan tersayang sukar dilupakan lebih-lebih lagi banyak kenangan manis yang tersimpan. Bukan tidak reda dengan pemergian, namun perasaan duka sukar dibendung.

Kisah lelaki ini pula meruntun hati ramai apabila berkongsikan kisah kehilangan isterinya yang dipercayai akibat penyakit kanser pankreas tahap empat.

Walaupun isterinya sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu, namun ada beberapa barangan rumah yang ditinggalkan oleh Allahyarhamah isterinya masih lagi berada dalam keadaan baik.

Melihat keadaan barang-barang keperluan rumah yang ditinggalkan, seolah si pemilik masih ada disisi.

Kongsi lelaki ini, antara barangan dapur yang masih tidak dibuang selepas isterinya meninggal, antaranya bawang merah yang digunakan oleh isterinya ketika membuat rendang ayam semasa Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2023.

“Dah lama tak memasak. Pagi ni goreng simple-simple je. Mee Goreng. Kat dapur tak kekok sangat sebab masa arwah ada, kalau memasak sayalah assistant Chef. So, apa yang dia masak, Insya-Allah saya mampu buat sepertinya.

“Sambil-sambil tengah nak memotong bawang, tengok ada sebekas bawang kecil masih lagi tersimpan. Saya ingat lagi masa ni arwah minta beli bawang kecil untuk buat rendang katanya. Itulah rendang yang terakhir, 21 April 2023,” katanya.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Fidura Firdaus itu turut berkongsikan momen setiap kali ke kubur isterinya. Rata-rata netizen bersimpati dengan kehilangan isterinya dan menyifatkan lelaki tersebut seorang suami yang cukup baik dan bertanggungjawab.

Difahamkan, Allahyarhamah meninggalkan tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan. Semoga Allahyarhamah Aya Nur Asyura dicucuri rahmat.

Related Posts