'Baru nak selamatkan diri, dia Baygon-kan kitorang' - Wakil komuniti lipas ulas video tular - The Reporter

‘Baru nak selamatkan diri, dia Baygon-kan kitorang’ – Wakil komuniti lipas ulas video tular

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Lipas, serangga yang seringkali menjadi subjek ketakutan dan kegelian bagi kebanyakan orang, sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila satu video yang memaparkan sekumpulan besar lipas berkumpul di tayar motosikal, tular di media sosial.

Dalam video yang telah menarik perhatian ramai itu, kelihatan sekumpulan lipas tersebut seperti sedang mengadakan mesyuarat penting di atas tayar motosikal. Kejadian itu telah membangkitkan rasa geli dan takut dalam kalangan netizen yang rata-rata mengakui berasa tidak selesa.

@amirulviolence

Amende ko buat situ ramai2 hanat.. #lipas

♬ Funny – Gold-Tiger

Situasi itu bertambah dramatik apabila seorang lelaki muncul dengan penyembur racun serangga, Baygon, untuk membasmi serangga tersebut.

Tindakan lelaki berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang menganggap tindakan itu perlu, sementara yang lain merasa simpati terhadap lipas-lipas tersebut.

Wakil komuniti lipas tampil beri penjelasan

Namun, wakil komuniti lipas, Khairunnaim atau lebih dikenali sebagai Naim Pest Control, tampil memberikan penjelasan mengenai kejadian itu.

Menurut Naim, kehadiran lipas di tayar motosikal itu adalah akibat dari hujan yang baru menenggelamkan ‘kediaman’ serangga itu.

“Berkaitan dengan video lipas panjat atas tayar motosikal, apa punca jadi macam tu? Kalau tengok pada keadaan sekeliling tu, macam baru lepas hujan di kawasan tu. Bila hujan ni, jadi apa? Air naik, kan?

“Lipas duduk dekat mana? Dalam longkang, tangki septik, lubang mainhole. Jadi, bila hujan, air naik dan rumah kitorang pun tenggelam. Bila rumah tenggelam, kitorang kena lari ke tempat tinggi.

https://www.tiktok.com/@khairunnaim4/video/7380182503778290952

“Engkau sebagai manusia, kalau banjir kau lari kat mana? Atas bumbung rumah kan? Lari atas bukit kan? Ha samalah macam kitorang lipas.

“Baru dah selamatkan diri, datang seorang brader tu, dia Baygon-kan kitorang. Kitorang nak lari kat mana lagi? Nak kitorang masuk dalam baju kau? Nak kitorang lari kat rumah kau?

“Eiii panas je aku,” katanya.

Penjelasan Naim bukan hanya memberikan pencerahan, tetapi juga menghiburkan. Lebih-lebih lagi penampilannya dalam video sambil memakai kostum lipas turut menarik perhatian.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!