Baru guna 3 hari, pengguna dakwa skrin iPhone 16 Pro Max adalah masalah green screen? - The Reporter

Baru guna 3 hari, pengguna dakwa skrin iPhone 16 Pro Max adalah masalah green screen?

Tular di media sosial, seorang pengguna wanita mengadu di Facebook komuniti pengguna iPhone Malaysia berhubung iPhone 16 Pro Max yang baru dibelinya beberapa hari lalu mengalami masalah di bahagian skrin.

Dalam hantaran itu, Laila Mysarah memaklumkan dia baru sahaja menggunakan peranti pintar itu sejak tiga hari lalu dan terkejut apabila mendapati bahagian atas skrin berwarna hijau.

“Baru tiga hari guna dah kena green screen. iPhone 16 Pro Max (Desert) first batch dapat 20 September lalu. Sekarang perlu minta repair atau ganti phone baru?” katanya.

Isu tersebut mencetus perbincangan ramai engenai kawalan kualit telefon pintar terbaharu Apple.

Perkara itu turut menarik perhatian pengulas teknologi, Xavier Naxa, yang memberi peringatan kepada orang ramai untuk memerhatikan sebarang isu berkaitan kualiti terutamanya yang melibatkan skrin, bateri dan lain-lain pada iPhone 16.

“Tidak dinafikan produk fasa pertama kerap menghadapi isu kualiti, termasuklah melibatkan perisian. Tahun lepas, pengguna iPhone 15 Pro menghadapi isu panas yang melampau dan telah diselesaikan dengan kemaskini iOS.

“Jika anda baru sahaja membeli iPhone 16, sila pantau sebarang isu melibatkan kualiti, termasuklah skrin, bateri dan sebagainya.

“Walaupun begitu, anda perlu membezakan antara masalah perisian dan perkakasan. Masalah perisian boleh diselesaikan dengan kemaskini iOS, manakala masalah perkakasan boleh dirujuk pada Pusat Servis Apple bagi urusan tuntutan waranti,” katanya.

Sementara itu, ada netizen menasihatkan orang ramai tidak perlulah berebut menjadi pengguna pertama yang membeli setiap gajet yang baru dikeluarkan. Sekurang-kurangnya tunggu tiga hingga enam bulan kemudian untuk membeli peranti tersebut agar masalah sedemikian tidak berlaku.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!