'Kata maaf pun tak akan dapat kembalikan anak perempuan mereka' - Bapa suspek | The Reporter

‘Kata maaf pun tak akan dapat kembalikan anak perempuan mereka’ – Bapa suspek

Seorang lelaki warga emas dipercayai bapa kepada suspek kes tikaman pelajar sekolah, dengan wajah dikaburkan bersama inset imej seorang pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah.
Luahan pilu bapa suspek kes tikaman pelajar di Bandar Utama, akui kata maaf pun tak mampu mengembalikan anak perempuan mangsa. | Gambar lelaki tua hanya sekadar hiasan sahaja

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang bapa kepada pelajar lelaki berusia 14 tahun yang ditahan selepas dipercayai menikam hingga mati rakan sekolahnya di Bandar Utama, tidak mampu menahan kesedihan atas perbuatan anaknya sendiri.

Dalam temu bual bersama China Press, lelaki berusia 40 tahun itu berkata, hatinya benar-benar hancur dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya mampu melakukan keganasan.

“Saya tahu apa sahaja yang saya katakan sekarang tidak memberi sebarang makna. Tidak kira apa yang saya lakukan, ia tidak akan mengembalikan anak perempuan mereka.

“Saya tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan mereka,” katanya dalam nada sebak.

Baca juga:

Anak jenis pendiam, introvert

Lelaki itu berkata, anaknya seorang yang pendiam dan introvert. Walaupun ada sesuatu berlaku di sekolah, sama ada dibuli atau dimarahi guru, anaknya tidak pernah bercerita.

“Anak saya seorang yang pendiam dan agak introvert. Saya ada tanya dia apa yang berlaku di sekolah, kalau ada apa-apa yang tak baik, buli atau cikgu marah, minta dia beritahu kami.

“Tapi setiap kali kami tanya, dia cuma kata tak ada apa. Dia tak pernah sebut pun tentang perempuan itu. Dia memang sangat pendiam, tak banyak bercakap dan tak suka cari gaduh atau usik orang,” ujarnya.

Menurutnya, pagi kejadian itu bermula seperti biasa apabila dia menghantar anaknya ke sekolah tanpa sebarang tanda luar biasa.

“Pagi tadi semuanya biasa sahaja. Dia seperti selalu, tiada apa-apa yang pelik pun,” katanya.

Tambahnya lagi, walaupun prestasi akademik anaknya agak lemah dan kurang memberi perhatian dalam kelas, dia bukan pelajar yang suka menimbulkan masalah.

Baca juga:

Hancur hati

“Saya sedar tiada sebarang permohonan maaf yang cukup untuk menebus apa yang sudah berlaku. Saya tahu apa pun yang saya katakan tidak akan membawa makna.

Nyawa anak orang dah hilang. Saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu berdepan dengan keluarga mereka. Hati saya benar-benar hancur,” katanya penuh kesedihan.

Tragedi berdarah itu meragut nyawa pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditemui dengan beberapa kesan tikaman di badan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, suspek ditahan bersama dua senjata tajam di lokasi kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kejadian itu bukan sahaja meninggalkan duka mendalam buat keluarga mangsa, tetapi juga menghantui hati seorang ayah yang kini bergelut menerima kenyataan bahawa anak yang dibesarkannya menjadi punca kehilangan nyawa insan lain.

Related Posts