Bapa durjana rogol dua anak kandung sejak 2018, ditahan polis | The Reporter

Bapa durjana rogol dua anak kandung sejak 2018, ditahan polis

Kredit foto: Harian Metro

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki berusia 39 tahun telah ditahan oleh polis di Melaka selepas disyaki merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak perempuan kandungnya dalam kejadian di rumah mereka di Durian Tunggal, sejak enam tahun lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Nawawi, kejadian ini terbongkar apabila mangsa yang berusia 14 tahun menceritakan peristiwa tersebut kepada rakan sekelasnya pada pertengahan bulan Ogos 2024 sebelum rakannya memaklumkan kepada guru kelas.

Guru kelas kemudian memanggil mangsa untuk bertanyakan lebih lanjut. Walaupun mangsa awalnya menafikan, dia akhirnya mengaku dirogol oleh bapanya.

Kejadian pertama berlaku pada awal Julai lalu ketika mangsa berada di rumah dan bapanya meminta mengurut kakinya. Selang beberapa minggu, bapa mangsa mengulangi perbuatan tersebut sejurus mangsa pulang dari sekolah.

Mangsa tidak menceritakan kejadian ini kepada sesiapa kerana takut dimarahi oleh bapanya yang memberi amaran supaya hal itu dirahsiakan. Namun, pendedahan ini membawa kepada pengakuan kakak mangsa berusia 18 tahun yang turut menjadi hamba seks suspek bapa kandungnya sejak 2018.

Suspek didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sejak berusia 12 tahun dan merogolnya beberapa kali sejak berusia 14 tahun. Selepas memasuki kolej vokasional pada usia 16 tahun, suspek hanya melakukan amang seksual fizikal terhadap kakak mangsa.

Pengadu tidak pernah menceritakan kejadian ini kepada sesiapa sehingga dia mengetahui adiknya turut menjadi mangsa. Setelah dipanggil oleh pihak sekolah bersama ibunya pagi semalam, pengadu membuat laporan polis.

Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol dua anak perempuan kandungnya sejak 2018. Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Dr Teoh Shu Yee mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Sumber: Harian Metro

Related Posts