Bapa Amir Raja Lawak meninggal dunia | The Reporter

Bapa Amir Raja Lawak meninggal dunia

Amir ketika membawa bapanya menjalani rawatan di hospital.
Gambar: Facebook Amir Raja Lawak.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak memaklumkan bapanya, Azmi atau lebih dikenali sebagai Abe Mie Usm, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, malam tadi.

“Dukacita dimaklumkan abah saya Azmi (Abe Mie Usm) telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian. Apa-apa urusan saya akan bagitahu balik di Facebook ini ye,” tulis Amir menerusi hantaran di media sosial.

Beliau turut memaklumkan, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan pada pukul 9 pagi di Masjid Desa Rahmat, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Kenali, Kubang Kerian.

“Terima kasih banyak-banyak pada yang mendoakan dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah abah saya,” tambahnya lagi.

Baca juga:

Terdahulu, Amir pernah mendedahkan bahawa bapanya sedang bertarung melawan penyakit kanser usus. Malah, beliau juga tampil menuntut sebuah stesen televisyen segera menjelaskan baki bayaran tertunggak berjumlah RM18,000, tanpa sebarang potongan atau ansuran, kerana keluarganya amat memerlukan dana untuk rawatan dan kelangsungan hidup harian.

Amir berkata, tuntutan itu dibuat kerana ketika itu beliau benar-benar memerlukan wang untuk membeli keperluan seharian serta ubat-ubatan untuk bapanya.

Related Posts