'Baik menangis dalam lambo daripada kereta lain' - Pilih pasangan kaya, kriteria gadis ini undang perhatian | The Reporter

‘Baik menangis dalam lambo daripada kereta lain’ – Pilih pasangan kaya, kriteria gadis ini undang perhatian

Sumber Gambar: Tangkap Layar TikTok Opai Movement

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dalam memilih pasangan, pelbagai kriteria yang dipilih oleh individu bagi memastikan kehidupan mereka lebih bahagia dan terjamin.

Ada yang tidak mementingkan kriteria-kriteria tertentu asalkan saling melengkapi antara satu sama lain.

Bagaimanapun, bagi gadis yang dikenali sebagai Tisya, dalam satu temu bual Opai Movement mengatakan pasangan yang berduit antara kriteria yang dicari.

https://www.tiktok.com/@opaimovement/video/7424775487693556999?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7425799637992605202

“Saya sebenarnya, bersikap terbuka. Kau nak buat apa, kau buatlah, lantak kaulah, janji duit masuk.

“Lebih baik kita menangis dalam Lamborghini daripada menangis dalam kereta-kereta lainlah,” katanya.

Katanya juga, pendapatan RM10,000 sebulan ketika ini tidak cukup untuk menampung kehidupan.

“RM10,000 pun saya boleh cakap tak cukup untuk zaman sekarang ni disebabkan kalau anak sorang pun kita nak hantar ke sana sini, dah berapa kos. Kita nak melancong.

“Tak beli beg tangan mahal pun tak ada masalah. Cumanya untuk selesa kena lebih daripada tu la, Kalau satu kerja tak dapat gaji tu, mungkin boleh buat dua tiga kerja,” katanya.

Related Posts