'Baik buat lampu jalan je' - Kos garisan 'glow in the dark' mahal, RM749 setiap meter persegi - The Reporter

‘Baik buat lampu jalan je’ – Kos garisan ‘glow in the dark’ mahal, RM749 setiap meter persegi

Gambar hiasan | Google Images

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Satu kajian telah dilakukan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenai pemasangan garisan jalan bercahaya atau ‘glow in the dark’ di Lebuh Raya Timur Barat (Jeli-Gerik).

Bagaimanapun, pihak kementerian menyatakan walaupun ada keperluan pemasangan tersebut, namun kos amat mahal sehingga hampir mencecah 20 kali ganda berbanding kaedah yang digunakan sebelum ini.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nata Linggi, kos pemasangan tersebut berharga RM749 bagi setiap meter persegi berbanding kaedah biasa yang hanya memperuntukkan sebanyak RM40 meter persegi.

Susulan itu, netizen mencadangkan agar kerajaan hanya perlu memasang lampu jalan bagi mengatasi masalah kos tersebut.

Namun begitu, ada yang mendakwa pemasangan lampu jalan juga bukan penyelesaian. Buktinya, terdapat beberapa jalan utama di sekitar Lembah Klang tidak berfungsi dengan sebaiknya.

Ada juga yang berpendapat ada baik dan buruknya cadangan ini. Walaupun berdepan dengan kos pemasangan yang tinggi, tetapi kos penyelenggaraan dapat dikurangkan. Jalan bercahaya ini juga katanya perlu diteliti juga jika ada objek atau haiwan di jalan raya yang menyukarkan penglihatan pemandu dan juga jalan yang berlubang.

Untuk jangka masa panjang, cadangan ini dilihat kreatif, tetapi kata netizen lain lebih baik gunakan lampu solar atau lampu limpah sebagai alternatif lain.

Sumber: Berita Harian, Faizedzahar

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!