Bagi reward mewah kepada staf, Bonda Rozita raih pujian ramai | The Reporter

Bagi reward mewah kepada staf, Bonda Rozita raih pujian ramai

Sumber Gambar: Instagram Bonda Rozita Ibrahim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pengasas Jamu Ratu Malaya (JRM) dan Rumah Hutan, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda meraih perhatian ramai apabila menghadiahkan pekerja-pekerja beliau dengan barangan mewah termasuk hadiah rumah banglo mewah.

Menerusi hantaran video tular, selain banglo mewah, pekerja-pekerja beliau diberikan hadiah kereta, set bilik tidur mewah dan tajaan umrah serta haji.

https://www.tiktok.com/@kaktiii01/video/7454892991925194005?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329

Namun katanya, hadiah yang diberikan belum termasuk dengan bonus.

“Dinner paling havoc sepanjang empat tahun di JRM! Alhamdulillah penat lelah 2024 dah dapat habuannya. Tapi ni belum masuk bonus,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram ibu kepada usahawan Aliff Syukri ini, beliau menyatakan anugerah berkenaan sebagai menghargai pekerja-pekerjanya yang sama-sama memperjuangkan syarikat.

“Malam tahun baru, anugerah kepada staf yang cemerlang. Ada staf yang dapat rumah, kereta myvi, umrah, haji, wang tunai, set perabot, tajaan pelancongan ke Hanoi dan London.

“Bonda hargai staf yang kuat dan sama-sama memperjuangkan syarikat yang saya tubuhkan. Tanpa staf, syarikat juga takkan mampu berkembang. Kita dalam satu pasukan.

“Sifat taat, setia, sabar, konsisten, Amanah dan terus bersemangat dengan sayangkan team, kunci menuju kejayaan,” tulisnya.

Related Posts