Babak berkemban adalah seni, bukan untuk tarik perhatian penonton ke pawagam - Sasqia - The Reporter

Babak berkemban adalah seni, bukan untuk tarik perhatian penonton ke pawagam – Sasqia

Pelakon, Sasqia, menafikan babak berkemban dalam filem terbarunya, ‘Tafakur’, bertujuan sebagai alat untuk menarik perhatian penonton ke pawagam.

Sebaliknya, babak tersebut merupakan sebahagian daripada sentuhan seni yang dihasilkan oleh pengarah filem, Feisal Azizuddin.

“Babak berkemban itu adalah seni buat pengarah filem bebas (indie) seperti Feisal. Itu adalah pertama kali saya membawakan watak berkemban,” katanya.

Walaupun Sasqia juga bertindak sebagai penerbit bagi filem ini, beliau menegaskan babak berkemban bukan untuk tujuan pemasaran filem. Malah baginya, babak itu tidak mempunyai unsur tarikan seksual. Tetapi hanya sekadar mahu menggambarkan perasaan kekecewaan seseorang apabila kepercayaannya dikhianati.

Sasqia turut berkongsi, beliau telah berbincang dengan pengarah dan mempertimbangkan beberapa perkara sebelum bersetuju untuk melakonkan babak berkenaan.

Selain itu, beliau telah merujuk dengan Lembaga Penapis Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tentang perkara itu agar babak tersebut tidak akan menimbulkan masalah.

Filem ‘Tafakur’ yang turut dibintangi oleh Luqman Hafidz dan Amylia Aidura ini dijadualkan mula ditayangkan di pawagam pada 19 September depan.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!