Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sejak wujudnya sistem moden perpaipan, masyarakat mula membina tandas di dalam rumah kerana lebih mudah dan praktikal. Namun, langkah ini tidak disetujui sepenuhnya oleh penggiat media, Azmi Jamsari, yang melihatnya dari sudut berbeza.
Menurutnya, amalan itu seolah-olah membuka ruang kepada makhluk halus untuk ‘tinggal serumah’ dengan manusia.
“Kita yang jemput ‘mereka’ masuk ke dalam rumah”
Dalam satu rakaman Podcast Ashhrapp Channel, Azmi berkata, “Kenapa kita buat toilet dalam rumah? Padahal itu tempat tinggal mereka (makhluk halus). Kita bawa pula ‘mereka’ masuk dalam rumah.
- Video pelajar berbaring di padang awam Melaka tular, cetus pelbagai reaksi netizen
- Lelaki maut terlanggar kuda melintas di Merlimau
- Shell Beseri mohon ‘Misai’ dipulangkan, masih dalam rawatan FIP
Beliau menegaskan, masyarakat hari ini terlalu memudahkan urusan sehingga lupa kepada asas perancangan orang dahulu yang lebih berhati-hati terhadap perkara ghaib. Sedangkan nenek moyang terdahulu sudah menitikberatkan soal itu sejak awal.
“Kenapa kita nak menormalisasikan perkara itu? Sebab untuk memudahkan kita. Jadi, bila memudahkan kita, kita tak ada perancangan untuk mengelak benda itu mengawal kita.”
Pesan agar kembali berjaga-jaga
Amalan membina tandas di luar rumah melambangkan tamadun tersendiri kerana masyarakat dahulu mengasingkan ruang itu demi menjaga keharmonian rumah tangga.
Tambah Azmi, gangguan yang berlaku kini tidak mengejutkan kerana manusia sendiri meletakkan tandas bersebelahan dengan ruang kediaman.
“Kalau kena kacau pun… kau masuk, memang toilet pun dekat situ, itu rumah ‘dia’. Kau duduk berjiran dengan ‘dia’. Nak complaint apa?” ujarnya.
Sumber: Podcast Ashhrapp Channel








