'Ayah takkan maafkan walaupun dia menangis air mata darah!' - Bapa mangsa nekad ambil tindakkan terhadap pengasuh - The Reporter

‘Ayah takkan maafkan walaupun dia menangis air mata darah!’ – Bapa mangsa nekad ambil tindakkan terhadap pengasuh

Bapa mangsa takkan maafkan perbuatan pengasuh berkenaan yang telah mendera anaknya.

Bapa kepada bayi perempuan yang dilayani dengan kasar oleh pengasuh menegaskan dia tidak akan sesekali memaafkan perbuatan wanita itu.

“Ayah takkan lepaskan Teacher Ira. Biar dia menangis air mata darah sekali pun, ayah tetap tak akan maafkan dia,” kata Rashideen menerusi hantarannya di media sosial semalam.

‘Diam!! Kau kenapa?! Kenapa?!’ – Viral video pengasuh aniaya anak asuhan yang enggan berhenti menangis

Pengasuh aniaya bayi telah ditahan polis, netizen mula ‘berkampung’ di TikTok suspek

Jelas Rashideen, kejadian itu sebenarnya berlaku di taska lama dan video kejadian baru ditularkan di media sosial semalam.

“Video itu bukan kejadian hari ini. Video itu saya tak tahu bila berlaku, tetapi yang pasti bukan hari ini. Anak saya dah pindah ke taska baru bermula Mei. Kejadian ini di taska lama sebelum anak saya pindah.

“Walaupun video ini sudah lama, saya tidak menyangka, saya serahkan anak saya kepada orang ini setiap pagi rupa-rupanya dialah yang mendera, orang ini yang paling tidak boleh dipercayai.

“Hancur hati saya terpaksa menatap video deraan itu, untuk memastikan itu anak saya atau bukan,” ujarnya.

Difahamkan, Rashideen yakin bahawa bayi yang dianiaya oleh pengasuh itu adalah anaknya berdasarkan pakaian yang dipakai oleh mangsa pada hari kejadian.

Tidak dapat menerima apa yang berlaku pada anaknya, Rashideen nekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh berkenaan.

“Deritanya Safiya dengan betina ini. Saya tak kiralah dia buat sekali ke apa, memang saya takkan maafkan dia,” tegasnya.

Dalam perkembangan terkini, polis telah menahan suspek berusia 21 tahun itu semalam dan akan direman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai telah menyeksa dua bayi lelaki dan perempuan masing-masing berusia 9 bulan dan 11 bulan di taska tersebut yang terletak di Taman Mutiara Rini, Skudai.

Sumber: Rashideen, Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!