‘Ayah belikan phone ni bukan untuk bercinta’ - Bapa sanggup belikan iPhone untuk bahagiakan anak - The Reporter

‘Ayah belikan phone ni bukan untuk bercinta’ – Bapa sanggup belikan iPhone untuk bahagiakan anak

Sumber foto: FB Chegu Aiman Gadget

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Ibu bapa sering kali sanggup melakukan apa saja untuk melihat anak-anak mereka bahagia. Walaupun terkadang mereka harus berkorban, kebahagiaan anak tetap menjadi keutamaan.

Kelmarin tular video seorang bapa sanggup membelanjakan wang sebanyak RM900 untuk membeli sebuah telefon jenama iPhone kepada anak perempuannya.

Anak teringin miliki iPhone

Menerusi perkongsian di TikTok Chegu Aiman Gadget, perbualan di antara si bapa dengan Chegu Aiman, menarik perhatian netizen yang rata-rata mengakui terkesan dengan kata-kata si bapa berkenaan.

Difahamkan, remaja perempuan berkenaan mahu memiliki telefon iPhone XR berharga RM950. Sebelum lelaki itu membuat pembayaran, dia meminta anaknya berjanji agar telefon tersebut digunakan untuk memudahkan aktiviti pembelajarannya, bukannya untuk bercinta.

@cheguaimangadget

Besar pengorbanan seorang ayah, lepas kerja terus pergi kedai untuk teman anak untuk beli iPhone. Semoga adik gunakan phone ni untuk mendapatkan ilmu yang terbaik ya❤️ #dad #ayah #iPhone

♬ original sound – Chegu Aiman Gadget – Chegu Aiman Gadget

“Sebelum bayar, mestilah berjanji terlebih dahulu. Ayah beli telefon ini bukan untuk bercinta, sebaliknya untuk kegunaan hal persekolahan. Senang saja janji yang ayah minta tu.

“Ayah takut anak berkecil hati jika permintaanya tidak dituruti. Jadi ayah akur dengan permintaan anak dan anak juga harus mendengar kata-kata ayah juga. Ayah bukannya nak suruh anak jadi jahat, tetapi menjadi orang baik.

“Anak saya takut kedai ini tutup. Baru pulang dari kerja, tak sempat mandi, dia terus ajak saya datang ke sini. Saya sendiri pun pakai telefon yang skrin sudah retak dan pecah. Saya masih menggunakan telefon ini.

“Anak minat dengan iPhone, sebab kawan-kawan dia semuanya menggunakan iPhone. Saya terpaksa beli untuk dia, biar dia sama (ada iPhone) dengan kawan-kawan dia,” katanya.

Terkesan dengan kata-kata lelaki itu, Chegu Aiman bermurah hati memberikan diskaun sebanyak RM50 dan menjadikan harga bagi telefon iPhone XR itu RM900.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruang komen, ramai netizen yang meluahkan pelbagai reaksi masing-masing. Ada yang cemburu kerana si bapa sanggup memberi apa yang dimahukan oleh anaknya.

“Selepas tengok video ini, tak ada rasa kasihan. Sebaliknya rasa cemburu sebab bapa dia beri apa yang anak mahukan. Dan dia pun rapat juga dengan bapanya. Kita dulu, mana ada dapat benda macam ni,” kata Aber Trevor.

Tetapi ada juga yang berpandangan perkara sebegini tidak sepatutnya dinormalisasikan.

“Maaf nak cakap, benda seperti ini tidak wajar dinormalisasikan. Si anak sepatutnya meminta telefon biasa sahaja. Dapat guna aplikasi WhatsApp, YouTube pun sudah memadai. Ini tidak, dia menggunakan iPhone sebab terpengaruh dengan kawan. Itulah yang orang kata, biar papa asal bergaya. Kesian bapa dia, terpaksa kumpul duit sebab nak turuti kemahuan anaknya,” kata netizen.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!