'Awak nak makan ke nak cucuk?' - Jawapan sinis peniaga mi segera viral, dikecam netizen - The Reporter

‘Awak nak makan ke nak cucuk?’ – Jawapan sinis peniaga mi segera viral, dikecam netizen

Jawapan peniaga mengenai suntikan typhoid

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini, seorang peniaga mi segera yang terkenal di media sosial mencetuskan kontroversi selepas memberikan jawapan sinis kepada pelanggan yang bertanya mengenai suntikan typhoid, satu prosedur kesihatan wajib bagi peniaga makanan.

Insiden ini berlaku apabila seorang netizen bertanya kepada peniaga tersebut di media sosial, “Kursus pengendalian makanan pergi? Typhoid cucuk tak? Tanya je.”

Namun, peniaga itu membalas dengan sindiran, “Awak nak makan ke awak nak cucuk?”

Jawapan peniaga tersebut mengundang reaksi negatif di kalangan netizen yang menyifatkan tindakannya sebagai tidak profesional dan tidak menghormati peraturan kesihatan.

Ramai berpendapat suntikan typhoid adalah perkara asas yang perlu diambil serius oleh semua peniaga makanan demi menjaga keselamatan pelanggan.

Seorang pengguna media sosial menulis, “Sebagai peniaga, memahami kepentingan kesihatan awam adalah asas. Jawapan sebegitu tidak sepatutnya diberi,” manakala pengguna lain menekankan bahawa, peniaga makanan sepatutnya mengikuti syarat-syarat lesen perniagaan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan risiko kesihatan kepada orang ramai.

‘Diberi nasihat, lagi dia menganjing’ – Netizen

‘Minta-minta peniaga ni kena kutip’

Sumber: X Shalin Halim

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!