AS tarik balik tarif import terhadap lapan negara Eropah | The Reporter

AS tarik balik tarif import terhadap lapan negara Eropah

Trump tarik balik tarik import ke atas lapan negara.
Gambar: Library of Congress

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Amerika Syarikat memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan tarif import yang dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Februari 2026, melibatkan lapan negara Eropah, susulan rundingan strategik antara Presiden AS, Donald Trump, dan Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte, di Davos, Switzerland.

Trump menerusi satu kenyataan di platform Truth Social memaklumkan bahawa pertemuan tersebut telah menghasilkan kerangka perjanjian masa hadapan berkaitan Greenland serta kepentingan strategik di Wilayah Artik.

Menurut beliau, persefahaman itu mendorong Amerika Syarikat untuk menarik balik rancangan mengenakan tarif yang sebelum ini dijadualkan bermula pada awal Februari.

Baca juga:

Tarif berkenaan pada asalnya dirancang melibatkan lapan negara Eropah, iaitu Denmark, Norway, Sweden, Finland, Jerman, Perancis, Belanda dan United Kingdom.

“Berdasarkan persefahaman ini, saya tidak akan mengenakan tarif yang dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Februari,” kata Trump dalam kenyataan tersebut.

Trump turut mendedahkan bahawa perbincangan lanjut sedang dijalankan berhubung inisiatif yang dikenali sebagai ‘The Golden Dome’, khususnya berkaitan peranan Greenland dalam aspek keselamatan dan geopolitik serantau.

Related Posts