'Arif Aiman, Tommy Mawat digantung 3 perlawanan' - FAM - The Reporter

‘Arif Aiman, Tommy Mawat digantung 3 perlawanan’ – FAM

Sumber Gambar: Majoriti

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Susulan insiden pergaduhan yang berlaku dalam saingan Liga Super Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menjatuhkan hukuman buat pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada.

Kedua-dua mereka dikenakan hukuman gantung tiga perlawanan. Arif Aiman digantung perlawanan pertama dan kedua Pusingan 16 Unifi Piala Malaysia 2024-2025 menentang Kuala Lumpur Rovers FC pada 20 dan 30 November 2024 serta perlawanan Liga Super 2024-2025 menentang Kuala Lumpur City FC pada 8 Disember 2024.

Manakala Tommy Mawat Bada perlawanan pertama dan kedua Pusingan 16 Unifi Piala Malaysia 2024-2025 menentang Kelantan Darul Naim FC pada 22 dan 30 November 2024 serta perlawanan Liga Super 2024-2025 menentang Kedah Darul Aman FC pada 4 Disember 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, kedua-dua pemain itu telah melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM iaitu kelakuan yang menyinggung dan ‘fair play’ dalam perlawanan Liga Super tersebut.

“Arif Aiman melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM iaitu kelakuan yang menyinggung dan fair play, akibat daripada tindakannya menumbuk di bahagian muka sebelah kiri pemain Perak FC, Tommy Mawat pada perlawanan tersebut.

“Tommy Mawat melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM iaitu kelakuan yang menyinggung dan fair play, akibat daripada tindakannya menanduk kepala dan seterusnya mencengkam leher sebelah kiri Arif Aiman pada perlawanan tersebut.

Dalam pada itu, kedua-dua pemain itu juga diberikan amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Walaubagaimanapun, keputusan berkenaan boleh dibuat rayuan.

Sumber: FAM

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!