Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Saudi Gold Refinery Co. mengumumkan bahawa Arab Saudi telah menemui 8 juta auns emas sepanjang tahun 2025.
Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat itu, Suliman Al-Othaim daripada keseluruhan 8 juta auns emas yang ditemui di Arab Saudi, syarikat itu memiliki 1.5 juta auns, manakala baki penemuan dikendalikan oleh pihak lain.
Beliau berkata, syarikat sedang memperbaharui loji penapisan mereka untuk memproses sehingga 36 tan emas, serta mengeluarkan hallmark (tanda rasmi ketulenan emas) bagi emas yang dihasilkan secara tempatan di bawah nama Saudi Gold Refinery Co.
“Semua garis pengeluaran dan perkhidmatan perlombongan, termasuk pengimejan udara dan darat, penggalian parit, serta penggerudian telaga dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Kami menyasarkan 50 peratus pengeluaran tempatan menjelang 2030 dengan sokongan kerajaan,” kata Al-Othaim.
Baca juga:
- Thailand tingkatkan saringan kesihatan di Lapangan Terbang susulan wabak virus nipah
- AS tarik balik tarif import terhadap lapan negara Eropah
- Arab Saudi umum penemuan emas 8 juta auns pada 2025
Tahun 2025 juga menyaksikan lonjakan harga emas secara historik, dengan logam kuning itu mencatat keuntungan tahunan melebihi 64 peratus. Lonjakan ini didorong oleh ketegangan geopolitik yang tinggi serta peningkatan permintaan daripada bank pusat dan dana pelaburan.
Menurut rekod, harga purata emas per auns pada 2025 berada di antara $3,400–$3,500 (±RM13,770–RM14,175), naik daripada $2,710 (±RM10,980) pada awal tahun dan mencecah paras tertinggi $4,500 (±RM18,225) pada bulan Disember.
Al-Othaim menekankan bahawa syarikat memanfaatkan kepakaran antarabangsa dan berhasrat untuk mengembangkan lombong dan loji penapisannya agar menjadi antara pemain utama dalam industri perlombongan global. Beliau menambah, syarikat akan melaksanakan strategi baru untuk meningkatkan pengeluaran dan mencari peluang pelaburan baharu dalam sektor perlombongan.
Sumber: Arab News









