Arab Saudi kutuk serangan Iran ke atas Qatar, tegaskan sokongan penuh kepada Doha | The Reporter

Arab Saudi kutuk serangan Iran ke atas Qatar, tegaskan sokongan penuh kepada Doha

Serangan Iran ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Qatar
Serangan Iran ke atas Qatar disifatkan melanggar undang-undang antarabangsa. Gambar: Washington Post

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kerajaan Arab Saudi mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pencerobohan yang dilancarkan oleh Iran terhadap Negara Qatar, sambil menyifatkannya sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa serta prinsip kejiranan yang baik.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Arab Saudi pada Isnin, Riyadh menyifatkan tindakan Iran itu sebagai tidak boleh diterima sama sekali dan tidak boleh dibenarkan dalam apa jua keadaan.

“Kerajaan Arab Saudi menyatakan kecaman dan kutukan sekeras-kerasnya terhadap tindakan pencerobohan yang dilancarkan oleh Iran ke atas Negara Qatar yang bersaudara, yang merupakan satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa dan prinsip berjiran yang baik, serta satu tindakan yang sama sekali tidak boleh diterima dan tidak dapat dibenarkan dalam apa jua keadaan,” menurut kenyataan itu.

https://twitter.com/KSAmofaEN/status/1937213570753630514

Arab Saudi turut menegaskan solidariti sepenuhnya serta sokongan tidak berbelah bahagi kepada Qatar, selain menyatakan kesediaan untuk menyalurkan semua keupayaannya bagi membantu Doha dalam menghadapi krisis tersebut.

“Kerajaan menegaskan solidariti sepenuhnya serta sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Negara Qatar dan meletakkan segala keupayaannya di bawah perintah Qatar sebagai sokongan terhadap sebarang langkah yang bakal diambil.”

Terdahulu, Iran melancarkan peluru berpandu ke arah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Qatar sebagai tindak balas terhadap serangan udara AS ke atas kemudahan nuklear Tehran pada minggu lalu.

Related Posts