Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat banyak plaza tol di ibu negara dan ini menjadi sumber ketidakpuasan di kalangan rakyat.
Dalam sesi dialog Malaysia Madani di Kompleks Sukan Kuala Selangor semalam, beliau menjelaskan pemansuhan tol bukanlah solusi yang mudah kerana kerajaan terikat dengan perjanjian yang telah dibuat bersama syarikat konsesi.
Menurut beliau, pemansuhan tol akan menyebabkan perbelanjaan tambahan kerana kerajaan perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi. Malah, ini adalah isu yang beliau warisi dan memerlukan penyelesaian yang bijaksana.
Anwar menegaskan, penyelesaian isu ini memerlukan masa dan kewangan negara yang kukukuh. Apabila kewangan negara lebih kukuh, kerajaan dapat berunding semula dengan syarikat konsesi.
Pada 16 November tahun lalu, media melaporkan kerajaan telah memulakan rundingan dengan syarikat konsesi lebuh raya berhubung penstrukturan semula tol yang membabitkan 19 lebuh raya.
Ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk mencari solusi terbaik bagi isu ini.
Sumber: Berita Harian