'Apa yang kita tulis, cakap dicatat oleh malaikat' - MB Kelantan | The Reporter

‘Apa yang kita tulis, cakap dicatat oleh malaikat’ – MB Kelantan

Menteri Besar Kelantan mengulas mengenai dakwaan salah guna dana tebatan banjir.
Foto hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini, tular sebuah podcast yang mendakwa dana projek tebatan banjir yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan telah dimasukkan ke akaun kerajaan negeri sebelum diagihkan kepada ahli Parlimen pembangkang. Dakwaan itu turut mengaitkan Perdana Menteri yang dikatakan berang kerana peruntukan tersebut tidak digunakan untuk tujuan asal.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah jahat yang bertujuan memburukkan imej pentadbiran negeri.

Beliau menegaskan bahawa projek tebatan banjir bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, sebaliknya dikendalikan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan, termasuk pemilihan kontraktor dan pembayaran.

“Pembayaran dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, bukan melalui kerajaan negeri. Jangan sebar benda bohong,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

Mohd Nassuruddin turut mepersoalkan individu yang menyebarkan dakwaan berkenaan, dengan menyatakan bahawa seseorang yang berkelayakan akademik tinggi sepatutnya bercakap berdasarkan fakta, bukannya menyebarkan fitnah.

“Orang ini ada PhD, tetapi bercakap tanpa bukti. Sepatutnya mereka yang ada PhD buat kajian sebelum bercakap,” katanya.

Beliau juga mengingatkan bahawa setiap perkataan yang diucapkan akan dicatat oleh malaikat dan memberi kesan kepada nasib individu terbabit di masa hadapan. “Nasib kita di atas batang tengkuk kita sendiri,” ujarnya.

Sumber: FB MB Kelantan, Harian Metro

Related Posts