'Apa motif dia nak berkenalan?' - Inspektor Sheila curiga dengan niat Iqbal, DM pun tak ada tapi gebang nak melamar | The Reporter

‘Apa motif dia nak berkenalan?’ – Inspektor Sheila curiga dengan niat Iqbal, DM pun tak ada tapi gebang nak melamar

Kredit foto : Rohanis Shukri, Iqbal Zulkefli

Seperti mana netizen yang lain, Inspektor Sheila juga tertanya-tanya apakah tujuan usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zukefli, yang baru-baru ini menyatakan hasrat untuk melamar dia secara terbuka di media sosial.

Menurut Sheila, dia mengetahui perkara itu ketika sedang melayari aplikasi TikTok dan ternampak satu video yang mendakwa Iqbal mahu melamarnya sebagai kekasih.

“Siapa Iqbal ini? Sudahlah kulit dia putih gebu melepak. Saya ini, India. Dia faham ke? Sudahlah karekter saya ini macam ganas, tegas, jenis yang tak bagi muka. Dia sanggup nak dengan saya?

“Dia nampak macam artis, good looking bagai. Timbul persoalan apakah dia cuba mempermainkan saya atau tidak. Atau mungkin dia hanya mahukan publisiti?

“Apa motif dia nak berkenalan? Saya tak kenal dia, tak tahu dia artis atau tidak tetapi ada terbaca sebelum ini mengenai dia dengan Vida. Setakat ini, saya tidak menerima DM daripadanya,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Harian Metro, semalam.

Bagaimanapun dalam jawapan balas Iqbal memaklumkan, warna kulit bukan penghalang untuk menjalinkan hubungan dengan Sheila.

“Sedangkan lautan sanggup ku redah, inilah pula setakat kulit. Yang putih kita hitamkan, yang hitam kita putihkan. Jangan bimbang sayang,” katanya dalam ruang komen di Facebook Harian Metro.

Terdahulu, Sheila melalui Facebooknya awal bulan ini memuat naik hantaran di Facebook yang mengatakan dia mencari lelaki yang sudi menjadi peneman hidupnya.

Lelaki yang dicari hendaklah lelaki muda, bujang, boleh berbahasa Inggeris, suka melancong, gemar bersukan, mengutamakan keluarga dan paling penting menghormati wanita.

Hantaran itu menarik minat Iqbal untuk mencuba nasib memandangkan dia pada masa ini juga tidak mempunyai kekasih. Dan tiada salah jika mahu mencuba melamar Sheila.

Bagi Iqbal, dia sukakan wanita garang dan percaya di sebalik kegarangan Sheila itu sebenarnya ada sifat manja.

Sumber: Harian Metro

Related Posts