Anwar kritik PBB, persoal keupayaan tangani isu kemanusiaan | The Reporter

Anwar kritik PBB, persoal keupayaan tangani isu kemanusiaan

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menghadiri Sidang Kemuncak SCO Plus di Tianjin, duduk di meja persidangan antarabangsa bersama pemimpin lain.
Anwar Ibrahim ketika sidang SCO Plus di Tianjin, di mana beliau mengkritik PBB kerana lemah tangani isu kemanusiaan. | Kredit gambar: Pejabat Perdana Menteri / FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semakin hilang keyakinan masyarakat dunia apabila gagal membuktikan kemampuan melaksanakan agenda reformasi.

Katanya, kelemahan badan dunia itu terserlah apabila tidak berupaya menjamin perdagangan dan struktur kewangan yang adil, selain lemah menangani krisis iklim serta konflik kemanusiaan yang berulang tanpa sebarang hukuman terhadap pihak pelaku.

Baca juga:

Malaysia sokong Tadbir Urus Global

Bercakap pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) Plus di Tianjin, Anwar menyatakan sokongan penuh Malaysia terhadap Inisiatif Tadbir Urus Global (GDI) yang diperkenalkan Presiden China, Xi Jinping.

Menurut beliau, gagasan itu berpaksikan prinsip keadilan, ihsan, kemanusiaan dan kerjasama, dengan multilateralisme sebagai teras. Malaysia mahu prinsip tersebut diterjemahkan kepada tindakan nyata bagi mengembalikan kepercayaan dunia terhadap sistem antarabangsa.

Isu Gaza dan penindasan global

Anwar turut menegaskan Malaysia tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk imperialisme, kolonialisme dan penindasan, sambil merujuk kepada kekejaman berterusan di Gaza yang turut menjejaskan negara jiran seperti Lubnan, Iran dan Iraq.

Katanya, tragedi di Palestin menjadi bukti nyata bagaimana sistem antarabangsa gagal melindungi golongan tertindas, khususnya kanak-kanak yang dibunuh tanpa belas kasihan.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Related Posts