Anwar bangga pentadbirannya berjaya hentikan budaya salahguna kuasa rompak harta rakyat | The Reporter

Anwar bangga pentadbirannya berjaya hentikan budaya salahguna kuasa rompak harta rakyat

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikelilingi orang ramai, simbol kejayaan hentikan budaya salahguna kuasa.
Anwar disambut mesra orang ramai ketika program Reformasi, simbol tekad hentikan budaya salahguna kuasa. | Kredit gambar: Pejabat Perdana Menteri / Facebook Anwar Ibrahim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tiga dekad selepas laungan reformasi mula dilaungkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap kejayaan terbesar pentadbirannya kini ialah menghentikan budaya pemimpin kebal yang menggunakan kuasa untuk merompak harta rakyat.

Berucap pada Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Peringkat Negeri Johor, Perdana Menteri menegaskan bahawa perubahan paling ketara sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan adalah memastikan tiada lagi ruang untuk sesiapa pun memperkayakan diri melalui kedudukan politik.

Baca juga:

Tiada lagi ruang salahguna kuasa

“Kalau ada yang dulu terbiasa dapat tanah, projek atau harta rakyat dengan cara salah, semua itu kini dalam siasatan. Saya tidak peduli siapa pun, termasuk menteri dalam kerajaan saya sendiri,” katanya, memetik laporan Harian Metro.

Beliau menegaskan, mana-mana negara tidak akan mampu berdiri kukuh sekiranya pemimpin diberi kebebasan untuk memperkayakan diri. Justeru, kerajaan pimpinannya memastikan setiap kes diteliti mengikut undang-undang, tanpa pilih kasih.

“Selama hampir tiga tahun ini, budaya orang pegang kuasa untuk curi harta rakyat, kita sudah hentikan. Ya, memang ada kes lama, tetapi yang penting kini semua ikut proses,” jelasnya.

Anwar menutup amanatnya dengan menegaskan bahawa apa yang diperjuangkan sejak 27 tahun lalu kini diterjemahkan dalam bentuk tindakan, bukan sekadar slogan. Baginya, menghentikan amalan salahguna kuasa inilah tanda sebenar reformasi memberi makna kepada rakyat.

Related Posts