Anthony Loke selar syarikat lori berdegil bawa lebih muatan | The Reporter

Anthony Loke selar syarikat lori berdegil bawa lebih muatan

Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia, bercakap di hadapan; di sebelahnya imej lori sarat muatan ditutup kanvas.
Anthony Loke tekankan keselamatan jalan raya lebih penting daripada keuntungan.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegur keras syarikat pengangkutan yang masih berdegil membawa lebih muatan meskipun penguatkuasaan telah diperketatkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau berkata, terdapat pihak industri yang cuba merundingkan kelonggaran untuk meneruskan amalan tersebut, namun permintaan itu ditolak sepenuhnya kerana membahayakan pengguna jalan raya.

Keselamatan prioriti utama

Anthony menegaskan, sebarang peningkatan kos atau keperluan melakukan lebih banyak perjalanan tidak boleh dijadikan alasan mengabaikan keselamatan.

“Mungkin kos meningkat, tetapi adakah kos itu lebih penting daripada nyawa manusia? Nyawa manusia lebih penting,” tegasnya.

Baca juga:

Beliau menambah, terdapat syarikat yang mengetahui mereka melakukan kesalahan tetapi tetap mencuba membincangkan kompromi dengan kerajaan.

“Ini mencabar autoriti kerajaan. Jadi saya kata, forget about it. Tiada rundingan,” katanya.

Penguatkuasaan diteruskan

Menurut beliau, tindakan tegas JPJ akan diteruskan dan semua pemain industri perlu menghentikan budaya lama yang mengabaikan undang-undang demi keuntungan ringgit.

Anthony menegaskan, usaha mengubah norma kerja dalam industri pengangkutan dan pembinaan bukan perkara mudah, namun ia perlu dilakukan demi keselamatan keluarga dan pengguna jalan raya.

Beliau memberi respon kepada soalan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, yang memohon penjelasan mengenai rungutan beberapa persatuan pembinaan bahawa tindakan tegas JPJ meningkatkan kos operasi serta memerlukan lebih banyak perjalanan.

Sumber: Berita RTM

Related Posts