Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) cedera selepas motosikal yang dituggangnya dilanggar sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux ketika sedang mengiring delegasi antarabangsa sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 petang di Kilometer 22.3 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), anggota berusia 35 tahun berpangkat Koperal itu menunggang motosikal jenis Kawasaki GTR milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Haji Hassan Basri, kemalangan tersebut menyebabkan anggota terbabit mengalami patah betis kiri selain cedera di pergelangan kaki dan lutut sebelah kiri.
“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Mohd Yusri berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Baca juga:
- Anggota Trafik cedera dirempuh Hilux ketika iring Delegasi ASEAN
- Kecurian kabel jejas operasi tren laluan Putrajaya
- DBP tegaskan penguasaan Bahasa Melayu perlu jadi keutamaan
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati serta peka terhadap arahan pergerakan konvoi sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video memaparkan motosikal anggota polis berkenaan dirempuh sebuah Toyota Hilux di laluan kiri lebuh raya terbabit.
Sumber: Sinar Harian, Traffic Info Crew









