Anggota polis berpangkat Sarjan ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala - The Reporter

Anggota polis berpangkat Sarjan ditemui maut dengan kesan tembakan di kepala

Seorang anggota polis ditemui maut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Rembau pada petang kelmarin dengan kesan tembakan di bahagian kepala.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 58 tahun dan berpangkat sarjan itu dikatakan masuk ke dalam sebuah bilik lalu mengunci pintu.

Tidak beberapa lama kemudian, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

“IPD Rembau menerima maklumat berkaitan seorang anggota polis yang ditemui maut berlumuran darah dengan kesan tembakan di kepala pada jam 6.30 petang semalam (1 Julai 2023).

“Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dibedah siasat,” katanya.

Polis mengklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan sedang dijalankan.

Orang awam juga dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau spekulasi yang dikhuatiri boleh mengganggu siasatan, selain bagi menghormati keluarga mangsa.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!