Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita meminta jasa baik orang ramai untuk menghubunginya sekiranya terserempak atau melihat anak saudaranya yang dilaporkan telah hilang sejak 1 Januari lalu.
Anak saudaranya dikatakan menaiki bas daripada Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada 1 Januari pada jam 5.00 petang dan dijadualkan tiba di Aman Jaya, Ipoh pada jam 7.30 malam.
Namun begitu, Anas Dhiyauddin yang sepatutnya pulang ke asrama Maahad Tahfiz Al-Khaladiah, MATAK Ipoh tidak dapat dikesan.
Menerusi satu rakaman CCTV, Anas Dhiyauddin dilihat membawa beg pakaian berwarna biru.
Satu laporan polis telah dibuat berhubung kehilangan Anas.
“Sehubungan dengan itu, saya dengan rendah diri memohon jasa baik tuan puan yang menaiki bas di mana-mana terminal/ ahli khariah di mana-mana masjid sekiranya terjumpa dengan beliau, untuk segera menghubungi saya Syahidah di talian 0136357579.
“Saya yakin, setiap waktu subuh dia akan berada di surau untuk solat subuh sama ada di surau terminal atau masjid,” tulisnya.
Sumber: Nurul Syahidah Roslan