Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular luahan seorang ibu di media sosial mendakwa anaknya yang merupakan individu kelainan upaya (OKU) sindrom Down ditegur oleh pengawal keselamatan di Suria KLCC kerana duduk mencangkung sementara menunggu giliran masuk ke Petrosains.
Menurut perkongsian Nur Arlia di Facebook, pengawal terbabit bukan sahaja menegur tetapi turut mencuit siku anaknya walaupun beliau sudah menjelaskan keadaan anaknya kepada pihak keselamatan.
“Pak guard datang cakap tak boleh cangkung. Dah beritahu anak saya OKU, tengah tunggu nak masuk Petrosains,” katanya yang turut menambah, kejadian berlaku di hadapan pintu masuk Petrosains.
Beliau menyifatkan tindakan pengawal berkenaan tidak sensitif terhadap keperluan anak-anak OKU dan menegaskan tempat itu sepatutnya lebih mesra pengunjung.
Baca juga:
- ‘Rukun nikah cukup, maka nikah sah’ – Dr. Rozaimi Ramle
- ‘Saya tidak tahu dinikahkan pada tarikh tersebut’ – Uqasha Senrose
- Uqasha Senrose fail cerai 1 Oktober lalu
Netizen kecam tindakan pengawal

Hantaran tersebut mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan tindakan pengawal keselamatan itu keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan.
Ramai menyarankan supaya ibu berkenaan membuat aduan rasmi kepada pihak pengurusan KLCC atau Petrosains, manakala sebahagian lain menyatakan rasa simpati terhadap keluarga tersebut.
Beberapa pengguna turut menulis komen dengan tanda pagar seperti #petrosainsklcc dan #GuardPetrosainsKLCCTakMesraOKU bagi mendesak penjelasan daripada pihak terbabit.











