Anak Chester Bennington selar Linkin Park cuba padam legasi bapanya | The Reporter

Anak Chester Bennington selar Linkin Park cuba padam legasi bapanya

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Jaime Bennington, anak kepada mendiang Chester Bennington, vokalis utama kumpulan Linkin Park, telah meluahkan rasa tidak puas hatinya berhubung pengumumam Emily Armstrong sebagai penyanyi utama baharu kumpulan tersebut.

Dalam hantaran di Instagramnya yang penuh emosi pada Isnin lalu, Jaime mengkritik dan menggambarkan keputusan itu sebagai tindakan yang cuba membunuh legasi bapanya, semasa bulan kesedaran mengenai pencegahan bunuh diri di peringkat anatrabangsa.

Kebimbangan Jaime timbul daripada kisah silam Armstrong, di mana wanita itu pernah menyokong Danny Masterson yang disabitkan atas kesalahan merogol pada tahun 2023 dan dihukum penjara. Tanpa mempedulikan hal itu, Linkin Park pula tetap melantik Armstrong sebagai penyanyi utama, sekali gus mengabaikan kebimbangan dan mengkhianati kepercayaan penyokong setia Linkin Park selama ini.

“Kamu telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh peminat, termasuk saya sendiri.

“Kami mempercayai kamu untuk menjadi individu yang lebih baik, untuk membawa perubahan. Tetapi sekarang, kamu hanya kelihatan tua dan tone deaf,” katanya.

6 September lalu, Armstrong mengeluarkan kenyataan dan mengakui pada mulanya dia menyokong Masterson sebagai rakan semasa perbicaraan di mahkamah. Tetapi, dia menyedari perbuatannya itu silap. Armstrong dengan tegas menyatakan dia tida membenarkan sebarang penganiayaan atau keganasan dilakukan terhadap wanita dan sangat bersimpati dengan mangsa-mangsa jenayah sedemikian.

Armstrong membuat penampilan sulung bersama Linkin Park pada 5 September lalu, semasa kumpulan itu mengumumkan album pertama mereka sejak kematian Chester Bennington akibat bunuh diri pada tahun 2017. – Agensi

Related Posts