Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Semalam, sebuah portal hiburan memuat naik video pelakon Puteri Balqis Azizi, 16, yang sedang melakukan senaman, di Instagram.
Tindakan portal tersebut mengundang rasa kurang senang netizen yang mendakwa pihak berkenaan sengaja membuat ruang untuk orang ramai mengecam pelakon remaja itu.

“Seronok ek nak bagi orang kecam Aqish. Banyak lagi pencapaian dia yang engkau boleh tunjuk,” kata netizen.
Hantaran itu turut mengundang perhatian ibu Balqis, Norashikin Mohd Aziz, yang menuntut pihak berkenaan menurunkan hantaran tersebut yang dianggap mengaibkan anaknya.
“Kau turunkan artikel/video tentang anak aku. Aku tak benarkan kau upload sebarang artikel/video tentang anak aku. Kau saja kacau, cari semua gambar/video anak aku tengah bekerja, untuk jatuhkan anak aku lagi?
“Anak aku dah besar ke, kahwin lari ke, workout pakai kain pelikat ke, bukan hal kau. Anak aku dah besar pun, bukan apak kau yang bagi dia makan. Jadi, diam.

“Anak aku bekerja, dia tak kacau orang. Video dia, semua video bekerja. Bukan video mengelinjang dengan jantan. Biar anak aku bekerja dengan aman.
“Anak aku elok bekerja, kau heboh nak kumpulkan haters anak aku,” katanya.
Sumber: Instagram Puteri Balqis