'Sesiapa jodoh kakak, saya harap jaganya dengan baik' | The Reporter

‘Sesiapa jodoh kakak, saya harap jaganya dengan baik’

Irfan Haris bersama kakaknya Amira Othman, penyanyi dan pelakon, yang kini menjadi perhatian peminat berhubung desas-desus jodoh dan perkahwinan.
Hubungan rapat Irfan Haris dan kakaknya, Amira Othman, sering menjadi perhatian peminat. Gambar: Instagram Irfan Haris

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Keakraban dua beradik selebriti ini sering mencuri perhatian ramai. Sama ada ke mana sahaja mereka pergi atau ketika bersiaran langsung (live) di TikTok, ramai memuji hubungan akrab antara si kakak dan adik yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Kebelakangan ini, kisah mengenai kakaknya yang kini menjadi tumpuan turut membawa tempias kepada penyanyi Irfan Haris, yang sering mengusik Amira Othman apabila dia digandingkan dengan pelakon Fattah Amin dalam pelbagai acara.

Malah, desas-desus juga tersebar mengatakan bahawa kedua-dua selebriti itu bakal melangkah ke gerbang perkahwinan dalam masa terdekat.

Berkongsi pandangannya tentang soal jodoh si kakak, Irfan mengakui dia tidak mampu menyembunyikan rasa sedih sekiranya Amira berkahwin.

https://www.tiktok.com/@fattmiraverse._/video/7500995579376307474?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329

“Saya dah lima tahun duduk dengan kakak saya di KL. Sejak umur 16 tahun lagi saya dah tinggal dengan Kak Ya (Amira).

Kalau kakak saya kahwin, saya sedih gila la,” katanya.

Penyanyi lagu Redha itu turut berharap agar sesiapa yang bakal menjadi jodoh kakaknya akan menjaga wanita itu dengan sebaik mungkin.

“Kakak saya seorang yang baik dan dia juga berhak mendapat pasangan yang baik,” ujarnya lagi.

Related Posts