Tunjuk jari tengah kerana ibu dihina? Netizen kata Amad Diallo reka cerita | The Reporter

Tunjuk jari tengah kerana ibu dihina? Netizen kata Amad Diallo reka cerita

Amad Diallo tunjuk jari tengah kepada peminat di Malaysia
Tindakan Amad Diallo mengangkat jari tengah kepada peminat Malaysia mencetuskan kontroversi, dengan netizen mendakwa dia hanya mereka cerita untuk lepaskan diri.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tindakan pemain sayap Manchester United (MU), Amad Diallo, yang mengangkat jari tengah kepada sekumpulan peminat selepas aksi menentang ASEAN All-Stars mencetuskan kemarahan ramai. Perbuatan itu berlaku ketika para pemain keluar dari bas pasukan MU di Stadium Nasional Bukit Jalil dan sempat dirakam beberapa peminat.

Amad tidak menunggu lama untuk mempertahankan tindakannya. Menerusi hantaran di platform X, dia mendakwa isyarat itu ditujukan khas kepada individu yang menghina ibunya.

“Saya ada rasa hormat terhadap orang, tetapi bukan kepada mereka yang menghina ibu saya. Saya tak sepatutnya bertindak begitu, tapi saya tidak menyesal dengan apa yang saya buat,” katanya.

Namun, penjelasan itu menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding simpati. Ini kerana sehingga kini tiada sebarang bukti dalam bentuk video atau audio yang menunjukkan berlaku penghinaan terhadap ibunya daripada mana-mana penyokong Malaysia. Malah beberapa peminat yang hadir di lokasi kejadian tampil menafikan dakwaan tersebut.

“Kami jerit nama dia je, bukan maki pun. Tak tahu kenapa dia terus buat macam tu,” kata seorang peminat yang merakam aksi itu.

Insiden itu menyebabkan ramai peminat meluahkan rasa kecewa dan menyifatkan tindakan Amad sebagai tidak wajar, lebih-lebih lagi ketika kelabnya sendiri sedang melalui musim yang mengecewakan.

“Main pun biasa je, tapi gaya macam bintang dunia. Kesian peminat yang bayar mahal datang stadium,” tulis seorang pengguna media sosial.

Setakat ini, pihak Manchester United masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi atau mengambil tindakan terhadap pemain berusia 21 tahun itu. Ramai yang mengharapkan kelab tampil menjelaskan kedudukan sebenar agar imej penyokong tempatan tidak terus tercemar.

Perlawanan tersebut merupakan sebahagian daripada jelajah pramusim Red Devils di Asia dan akan diteruskan dengan aksi seterusnya menentang pasukan kebangsaan Hong Kong.

Related Posts