Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini tular video yang merakamkan pelawak dan juga penyampai radio, Ajak Shiro memberikan kejutan kepada pelakon, Ebby Yus dengan menghadiahkan cawangan baharu sebuah restoran di Pasar Seni, Kuala Lumpur.
“Saya hadiahkan cawangan Bumbu Babah kat sini pada abang,” kata Ajak.
Bagaikan hilang kata-kata, Ebby Yus hanya tersenyum dan kelihatan sebak mendengar perkhabaran itu.
“Aku tak ada daya dan upaya, ini semua atas urusan Allah SWT. Allah gerakkan kau,” katanya.
Bagaimanapun kata Ebby, walaupun Ajak telah memberikan kelonggaran kerana keadaan kesihatannya, namun dia akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan perniagaan itu.
“Saya mesti bertanggungjawab. Walau dia kata saya tidak perlu bersusah-payah, tetapi saya kena ambil amanah untuk uruskan perniagaan ini.
“Kalau boleh, hari-hari saya mahu ke kedai,” katanya.
Memetik laporan dari mStar, Ebby bersyukur dengan rezeki yang diperolehi dan tidak menyangka kata-kata Ajak untuk membuka cawangan baharu bukannya gurauan.
“Mulanya ingatkan sekadar gurauan sebab ia yang amat besar. Saya hilang kata-kata apabila dia menyerahkan kontrak berhubung perniagaan ini.
“Ajak seorang rakan yang sangat baik. Saya kenal dia sudah lama sejak dia mula terlibat dalam industri,” katanya.