Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Alisa Umairah yang sebelum ini dilaporkan kritikal, sudah meninggal dunia.
Perkhabaran itu dimaklumkan oleh stesen radio era menerusi Instagram.
“Adik Alisa sekarang dah berlari di taman syurga. Adik Alisa seorang anak yang kuat. Berehat ya, Mama Lina akan sentiasa ingat adik Alisa,” tulisnya.
Menerusi TikTok, bapa kepada Alisa juga memaklumkan mengenai pemergian anaknya.
“Semoga anak Papa tenang kat sana tau, sekarang dah tak sakit dah,” katanya.
Semalam, berita perkhabaran mengenai keadaan Alisa tular apabila Elly Mazlein memohon rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan Alisa.
Terdahulu, adik Alisa Umairah pernah tular di TikTok kerana gemar duduk di dalam peti ais kerana kepanasan selepas membuat kimoterapi.
Situasi berkenaan telah mengundang emosi seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Acap dan turut membuatkan emosi netizen tersentuh.