Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Alex Wanders meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tertinggi mempunyai masalah obesiti.
Katanya dianggarkan 54% rakyat Malaysia mempunyai masalah berkenaan.
Hal ini dikatakan menerusi pemerhatiannya, rakyat Malaysia kurang mengamalkan gaya hidup yang sihat.
“Diet pemakanan di Malaysia lebih kepada makanan segera, makanan dan minuman yang manis, makanan proses.
“Dalam salad (sayur-sayuran) pun letak gula,” katanya.
Berbanding di negara Vietnam, masyarakat di sana katanya mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Jadi, tidak hairanlah masalah obesiti di sana hanya menyumbang sebanyak 2% sahaja.
“Hidangan mereka kaya dengan sumber bahan mentah yang segar, rendah kalori dan dipenuhi dengna protin.
“Gaya hidup mereka juga dipenuhi dengan aktiviti yang sihat seperti bersenam seawal jam 6.00 pagi, yoga, berjalan kaki dan sebagainya,” katanya.