Alat kelamin kanak-kanak lelaki terputus ketika berkhatan, ibu bapa buat laporan polis - The Reporter

Alat kelamin kanak-kanak lelaki terputus ketika berkhatan, ibu bapa buat laporan polis

Alat kelamin seorang kanak-kanak terputus semasa mengikuti acara berkhatan beramai-ramai dalam kejadian yang berlaku di Kampung Masam Bulam, Daerah Tanjung Sakti, Sumatera Selatan, Indonesia.

Alat kelamin mangsa yang hanya dikenali sebagai AK berusia 8 tahun itu terputus semasa mengikuti acara berkhatan beramai-ramai yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan setempan pada 17 Oktober 2023.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, ibu bapa mangsa bersama dengan peguam membuat laporan terhadap pegawai perubatan yang terbabit dalam kejadian itu.

“Secara psikologi, mangsa mengalami perubahan di mana dia selalu marah dan bersendirian,” kata peguam Fitriadi kepada media semalam.

Jelas Fitriadi, pasangan suami isteri berkenaan bimbang psikologi anak mereka berubah secara drastik, meskipun secara fizikal kanak-kanak itu berada dalam keadaan sihat dan hanya alat kelaminnya sahaja yang tiada. Selain itu, mereka juga bimbang dengan masa depan AK.

Keluarga mangsa juga memaklumkan, alat kelamin AK sudah tidak dapat disambung semula. Hal itu menyebabkan pasangan berkenaan tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Bapa mangsa, Alex Musriawan berharap mereka dapat menuntut keadilan untuk anaknya.

“Kami sebagai ibu bapa mahu menuntut keadilan. Kami orang miskin, semoga ada keadilan dan kes ini kami serahkan sepenuhnya kepada peguam,” katanya.

Sumber: Linggau Klik

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!