Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
SEMABOK, MELAKA – Viral di media sosial video seorang lelaki menerjah teman wanitanya berada di dalam kereta seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki keduanya.
Posted by Nazrin Rosli on Tuesday, 7 February 2017
Jelas Nazrin, dia sanggup mengintip teman wanitanya itu dari jam 11.30 pagi hingga 4 petang dan hasilnya mendapati gadis itu bermain kayu tiga.
Nazrin juga turut berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan gadis itu cuba menghubunginya sebanyak 125 kali dipercayai cuba memujuk Nazrin.
Sementara itu, rata-rata netizen menganggap kes berkenaan terlalu remeh untuk diviralkan dan tidak menampakkan diri matang. Lagipun, baru peringkat bercinta, mereka belum mempunyai sebarang ikatan yang sah sehingga perlu disebarkan seperti itu.
Semalam, seorang lagi lelaki meluahkan perasaan kecewanya apabila mendapati dirinya ‘terjaga’ jodoh orang selama ini yang juga viral di media sosial. – The Reporter










